Sunday, May 28, 2006

Shuri Castle



Shuri castle ni dulu dibina oleh dinasti Sho pada tahun 1429 . masa tu Okinawa dibawah pemerintahan kerajaan China . kira shuri castle ni mcm pintu masuk setiap kali ada lawatan dari kerajaan China . istana ni dan hancur masa perang dunia ke 2 kene bom . tapi kerajaan Jepun bina balik . so yg ada sekarang ni dah 85% bukan original . ada tempat2 mcm laluan bawah tanah tu masih original lagik . (ni apa yg aku paham masa baca artikel kat dalam istana ) . istana ni kat atas bukit an ada banyak pintu (secure by layer) . nak masuk kene bayar 800 yen (duit rm bahagi ngan 31.25) . huhh.. mahal kan . zoo negara bayar rm 15 pun tak nak masuk dah bising2 mahal . akuaria 30 hengget masuk plak :) . kat dalam muzium tak dibenarkan ambik gambar . tapi ada gak curi2 ambik .

masa nak pergi ni tanya la participant2 yg biasa pergi . confident je depa kata dekat . kami bertujuh pun dengan confident memulakan perjalanan . jalan punya jalan , dah 1 30 minit , bumbung castle pun tak nampak . tengok dalam plan mcm dekat jek . bila nampak sign board , lagi 1.4 km! gilerrr punya jauh . mengamuk bebudak pompuan kene menapak . sebab kalau nak ambik teksi atau bas dah mcm dekat . tadi bleh menapak sampai 4 km , 1.4 mcm rugi plak nak naik bas/teksi . akhirnya lepas 45 minit kami sampai la kat shuri castle. sekali tengok kena plak panjat bukit n tangga . aduss.. rasa mcm tak nak naik pun ada . tapi dah sampai naik jugak laa.. dekat sini banyak la peninggalan sejarah mcm kubur , telaga , taman .

penjaga-penjaga castle ni semua pakai custom yg original masa zaman dulu-dulu . siap ada post guard lagik . lepas sejam kami sampai hujan plak . memang okinawa tgh musim hujan . dah puas jalan kat shuri lapar n cari kedai makan . aku pun cari menu sakana(ikan) . sedap gak laa.. masa tu dalam pukul 4 . on the way nak balik kami singgah Koksai street . tempat ni kira ala2 jalan TAR laa. memang happening . mcm2 benda jual. sampai kat OIC pukul 6 . penat betul berjalan .

Monday, May 22, 2006

Picnic di Ikea Shima (Ikea Island)

Hari ahad adalah hari outing mostly participant kat sini . hari ni la nak gi bandar , nak gi melepak , nak gi beli barang . Minggu ni student malaysia yg blajar kat okinawa ajak pergi picnic dengan depa . nama tempat ni ikea shima . Dalam pukul 11 budak2 ni datang ke asrama ambik aku dan lili . so kami bertolak ke pulau ikei ni . perjalanan lebih kurang 1 jam . dalam perjalanan singgah kat Jaya Jusco beli makanan . beli tuna dan roti kosong . then some junk food . (kutip sorang 500 yen) . Sepanjang perjalanan , banyak pemandangan yang cantik . nak masuk ke pulau ni kene lalu satu jambatan yang agak panjang . (jambatan ala-ala jambatan putrajaya) .


Bila dah masuk pulau , nak cari port plak utk mandi . mula-mula cadang nak pergi kat satu tempat yang biasa student ni pergi , tapi dah tutup pulak . nak tak nak terpaksa pergi kat tempat yang kena bayar . satu kepala per entry 500 yen . budak2 ni yg communicate . aku tak paham apa pun org jepun tu cakap . Kami total sepuluh orang ke pantai ni . sebuah estima ngan sebuah mira (kat malaysia namanya kancil ) .


Bila sampai kami pun cari tempat teduh untuk parking barang2 .. dapat port cantik jugak n redup . so apa lagi , yang lelaki terus salin baju and terjun .. trrr.. air laut dia sejuk . tapi cantik sangat . boleh nampak dalam laut . student2 ni plak mostly ada alat snokeling . apa lagik , enjoy layan pemandangan dalam laut . ada sorang chinese ni , dia ambik PHD corel kat okinawa ni . dia bawak kamera yang boleh masuk air . bagi ikan makan roti yang kami beli . apa lagi , sakan la kami bergambar bersama ikan-ikan . macam2 spesis ikan ada kat sini . tapi kalau nak tengok yang cantik kena ke tengah sket kat kawasan ada batu2 sket and dalam . 3 org perempuan termasuk sorang chinese tak turun lagi sebab panas terik . kami dah tak tahan tengok laut yang cantik so terjun terus . dekat tengah2 pantai ni depa built satu pelantar terapung khas utk tengok ikan2 berenang kat dalam air . kami lepak dekat atas tu dan conquer sampai 2 jam . rasa mcm mandi kat malaysia la plak sebab boleh jerit2 dan sorak2 dalam bahasa malaysia . mcm-mcm kuak dan somersoult dibuat . dari lompat katak sampai la ke lipat tongkat kami beraksi kat pelantar ni . mandi dalam 2 jam naik dan lunch roti .


dalam pukul 3 turun balik ngan budak2 perempuan . mula-mula masing-masing takut . tapi pakai life jacket , tapi bila dah ajar snokeling terus lupa daratan . dalam pukul 5 masing2 dah kecut dan naik . kami layan bola sepak pantai plak . kecoh kat pantai tu suara kami . kat sini ada rules , lepas pukul 6 tak boleh mandi sebab life guard nak balik rumah . so dalam pukul 6 kami pun siap2 nak balik . insyaalah kalau ada masa aku nak datang lagik .

on the way balik singgah kat satu chinese restoran . rindu gila masakan malaysia . dapat chinese food pun ok laa.. aku order nasi pattaya . student2 malaysia ni yg tahu nak makan mana . depa dah bertahun duduk kat sini . dalam pukul 10 mata dah mcm tak larat nak bukak . budak2 ni esok universiti depa cuti . aku ngan lili ada kelas . sorry laa.. kena balik yek . kami sampai ke OIC pukul 11 .30 . ZZZzzzzzZZZZzzzZZZzzz

Saturday, May 20, 2006

Jalan-jalan kat Ashibinaa




Ashibina ni factory outlet . memang rambang mata kat sini . semua brand yg best-best ada . Adidas , osh kosh , gucci , coach , hugo boss , swatch , levis , triumph , brooks semua ada and murah2 la. beza dalam 20% -30% dari harga kat malaysia la . aku bertolak lepas lunch . isi perut kenyang2 , solat zuhur pass tu baru keluar . hari ni first time naik bas kat okinawa . seram gak . kalau train dia dwi bahasa . kalau bas bahasa jepun jek . tiap2 hentian dia annouce . turun kat Naha Airport pass tu free shuttle bas ke Ashibina .



habis pusing-pusing pi plak kompleks elektronik . nama tempat Yamada . sebelah je ngan ashibina . tempat ni lagi rambang mata . semua barang2 elektronik dari calculator sampai peti sejuk ada . tak terkecuali kamera , PSP , handphone , notebook dll . dalam pukul 5 dah tak larat nak pusing aku pun ambik shuttle bas utk balik . kepala pening sket hari ni . hari ni pun sejuk je kat okinawa ..

Opensource

Semalam start kelas yg ditunggu-tunggu . opensource . kelas dah start berat . next week lagi berat . klas aku bleh tukar2 , kejap bleh jadi lab kejap bleh jadi class :) . blajar network architecture . mula la bercinta ngan OSI 7 layer . hehe . anyway memang adventure dan menarik kelas opensource . aku score kuiz hari ni . hehehe . bab mula2 bleh la kot .


Belajar bahasa jepun

Minggu ni kelas jepun dah start . kelas hari selasa dan khamis , mula pukul 7 habis pukul 9 . best blaja bahasa jepun and tak lah susah sangat . bahasa jepun tak dak past tense present tense . blasah sama rata jek. blaja basic2 perbualan . mcm nak perkenalkan diri . menggelabah gak memula nak bercakap . nasib baik satu kelas ngan budak malaysia (lili dari JKC) . bantai gelak je cakap merapu .. contoh2 ayat yg kami belajar ' hajimemashte , namae wa hazril izan desu , kuni wa malaysia no putrajaya kara kimashita , shigo tu wa komuin des . dozo yoroshiku onegai shimas , hajimemasho , moichido . hehehe .. nak tahu maksud nanti balik la yek . cikgu yg ajar pun friendly and penyabar : ) . cukup 20 jam kelas , dapat certificate . lepas ni blaja menulis jepun plak lepas habis blaja cakap jepun .

Monday, May 15, 2006

Kelas bermula

Hari ni hari pertama kelas . pagi just taklimat serba sket pasal course. memang padat schedule . start esok dah mula kelas . mostly opensource implementation dalam network . pagi ni jugak ada short presentation (5 minit) . petang ni ada pre test . perghh.. bleh tahan jugak susah . rupa-rupanya yang datang OIC ni mostly memang otai-otai network kat goverment depa . ada yg dapat 90% . aku dapat 77% jek . hmmm.. no 3 dalam kelas . test ni nak tengok tahap skill participant .total ada 10 org . kami diberitahu every modul akan ada evaluation/test . then nanti akhir training akan ada final exam . total markah = test+final exam + trainer . dapat grade dan transkrip plak tu . adusss.. mcm ambik spm la plak . hari ni dapat detail schedule . nanti dalam bulan 8 ada site survey kat tokyo . plak tu ada projek kene buat . Pesanan dari trainer , " enjoy your training , keep on time , stay healthy and do your best" .

Sehari di Shintoshin






Hari ni aku gi melawat ke sebuah tempat membeli belah di okinawa namanya shintoshin . Perjalanan ke sana mengambil masa kira-kira 20 minit berjalan ke station train , dan 15 minit menaiki train . dekat sini banyak gedung2 beli belah mcm DFS(Duty Free Shop) dan Main place . Lepas lama jugak dekat DFS pusing2 cari souvenir dan lepas tu gi main place . besar jugak pasaraya ni and banyak barang elektronik . beli satu tripod kamera .

senang nanti jalan2 nak ambik gambar sendiri . masa dekat main place tu sempat tengok ada acara tradisional tarian di okinawa . tapi malangnya tak dibenarkan ambik gambar . lebih kurang pukul 3 , lepas pusing2 lepak dekat start buck layan coffe dan internet . (free internet ) . dalam pukul 4.30 bertolak balik ke OIC . memang penat berjalan hari ni .ni gambar-gambar masa kat shintoshin .

Friday, May 12, 2006

Hari Ketiga

Hari ni bangun pagi2 . lepas solat tido balik . bangun kul 7.30 , siap2 gi jogging keliling OIC . segar je rasa udara pagi-pagi kat sini . maklumla kawasan kampung . sambil jogging tengok budak2 jepun siap-siap nak naik bas sekolah . hmm.. bagus berdisiplin . bas datang pandai je beratur .. tapi ada gak gengster kampung dusun yg potong line . balik dari jogging , mandi then gi breakfast . then attend orientation program kul 9.30 . hari ni depa cerita pasal culture , education dekat jepun dan okinawa . berhenti lunch kul 1, sambung balik kul 2.00 sampai kul 3.30 petang tak dak apa so balik bilik awal hari ni .

Hari Kedua

Hari ni hari kedua di okinawa . bangun pagi di okinawa .. ohayo gozaimas .. lepas siap2 turun breakfast . alhamdulillah ada pun makanan halal .. rasa dia ok laa. sarapan telur scramble ngan hot dog ayam . pagi ni tak dak program . so lepak kat pc room baca mail , chat then lunch kat dining hall . lunch makan nasi ngan curry ayam . rasa curry dia ala2 chicken chop!! sedap gak . so tengah hari start orientation . cuaca panas gak . dalam 28 c . waktu orientation , kami diberi penerangan pasal politic dan economic di jepun . yg mengajar kami semua professor and pandai cakap english . so tak susah la nak paham . masa orientation ni jumpa la ngan semua participant untuk course yg akan berjalan nanti . currently course yang akan bermula next week network specialist , multimedia dan coral . duduk dalam tu teras mcm nak tengok piala dunia la plak sebab ada dekat2 15 negara . macam2 bahasa dan rupa . tapi semuanya friendly . sampai hujung minggu ni kami orientasi sama-sama . next week baru pecah ikut course . total participant 26 orang . dari malaysia aku sorang jek .so cari geng dari sri lanka . hehehe . mostly yang datang semua bujang . paling muda participant dari dominican republic . baru 20 tahun . habis sesi orientasi harini dalam pukul 3.30 , kami pi training room . dapat notebook sorang satu utk training dengan server sebijik . tapi tak bleh bawak balik bilik notebook :) . hanya utk guna masa class jek . petang ni setup notebook masing2 ngan isi course enrollment form dalam learning management system JICA .. habis kul 5.00 then balik bilik . lepas solat gi pc room baca dan balas mail ngan chat . aduss.. teringat plak malaysia . hehehe .. malam gi bilik cd cari cd cerita utk tengok kat bilik . bleh la layan sebab tak paham cerita kat tv semua bahasa jepun . pinjam cerita wargames dengan skywalker . layan sampai tertido...

Hari Pertama

Assalamualaikum , journey to okinawa bermula jam 8 malam 8 mei 2006. naik flight JAL dari KLIA transit kat singapore 2 jam then terus ke osaka . sampai pukul 6.30 pagi waktu jepun ( waktu malaysia 5.30) . tak bleh tido dalam flight sebab asyik main game . hehehe . game dalam kapal terbang tu best plak!! sampai di osaka tunggu flight ke okinawa pukul 11.00 pagi .






perghh lega ada free wireless . baca suratkhabar , hantar sms , emel down plak , then tidor kejap . dalam flight ke okinawa memang tidur betul sampai depa serve breakfast pun tak sedar . sampai okinawa pukul 1 . phewww.. welcome to okinawa . memang cantik sangat pantai dia .

sampai je org jica dah tunggu utk ke OIC (okinawa international centre) . sampai ke oic dalam pukul 1 .30. dapat kunci then masuk bilik kene berkumpul utk briefing session pukul 2.30 kat lobby asrama . briefing habis dalam pukul 5 . then balik bilik terus tido sampai kul 7 . ZZZzzzzZZZ. bangun , lepas solat keluar gi cari kedai nak beli sket barang . nasib baik jumpa . lepas balik ke bilik , hehehe memasak la apa lagik . lepas makan tengok cerita jepun then tidur ....