Sunday, August 20, 2006

Disney Land Tokyo

Kami sampai Disney Land Tokyo dalam pukul 3.30 . Tiket nak masuk kalau lepas pukul 3.30 4500 Yen . Mahal tu !! tapi nak merasa Disney punya pasal , beli jugak laa.. Masuk2 jek dah terpegun denga theme park dia . Besar gilerrrr.. Baca dekat pamplet yg counter bagik . Memang tak terabis la rasanya nak pusing hari ni . ada dekat 7 kingdom . so kami pilih tempat dan rides yang kami akan masuk .



Dalam pukul 4 ada show . dari character disney . Lama gak show tu dalam 30 minit . Lepas layan show tu kami ke rides pertama . Buzz lightyear . Punya la ramai manusia sebab sekarang ni tengah summer holiday . beratus dekat sejam baru dapat naik . huhh .. tak boleh jadi ni .. lepas masuk rides yg pertama , kami pun baca2 lagi pamplet nak cari cara mcm mana nak dapat fast pass . dah dapat cara nak dapat fast pass kami pun guna . rupanya fast pass ni plak bukan setiap masa . then kene budget betul2 utk rides yg betul2 best jek . first kami pilih electric cinema . 3d cinema . sebab ada fast pass , tak yah beratur lama2 . hehehe . best show tu nampak mcm kat depan mata .



next kami pergi area2 water park plak . bila check next fast pass pukul 5.30 . kami pusing2 dekat kedai2 souvenir . lepas dapat fast pass kami terus ke space mountain . lama gak la kene tunggu . dekat 1 jam baru dapat nak naik . sebab fast pass kami bleh guna pukul 9.30 dekat splash mountain . 30 minit gak beratur nak naik space mountain . naik train dalam gelap , pass tu laju giler hanya nampak bintang2 je kat atas .



dalam pukul 8 kami tunggu ada show lagik . acara kereta berhias . rasanya semua character disney kot . masa tu kaki pun dah macam nak tercabut kepenatan pusing2 dalam theme park ni . show tu dalam satu jam . so pukul 9 masing2 kelaparan . Pergi cari makanan . aku kenyang lagik sebab lunch berat tadik . makan daging kambing . kat TIC makan senang dan banyak pilihan .



Pukul 9.30 kami pun naik la splash mountain . lalu dalam gua2 , then last sekali yg paling tinggi dan seram . siap depa ambik gambar lagik . kelakar muka aku time tu . tu yg tak beli gambar tu . :) . kami habis ride dalam pukul 9.50 . berlari la kami sebab nak beli souvenir sebelum Disney Land tutup pukul 10 .



Lepas dah puas , dalam pukul 10.30 kami pun balik la ke TIC . Esok baru mula observation tour . tapi mcm lebih menarik tour selepas tu jek :) . Esok budak2 ni nak mintak bawak pergi Tokyo Tower .

Observation Tour II - Tokyo

Hari ni bermula lah journey ke Tokyo . Saat yang kami tunggu-tunggu untuk menjelajah segala tempat yang temampu . Kalau ikut schedule memang penuh . tapi terpaksa la jugak pandai2 gunakan masa yang ada nak pusing2 kat Tokyo . Kami bertolak dari OIC pukul 7.00 pagi . sampai aiport naik flight pukul 9 . ngantuk giler . aku tidor dari Okinawa sampai ke Haneda . Bangun2 jek lagi 10 minit nak landing .


Bila sampai jek dah bermula la kehidupan Tokyo kami . usung luggage naik train . Dari Haneda naik train sampai shimbashi then tukar naik JR Line turun dekat Shinjuku . Lepas tu tukar train ke Hattagaya . Naik Keio New Line . Sampai stesen Hattagaya , usung plak beg dalam 1 km ke TIC (Tokyo International Centre ) . Sampai TIC dalam pukul 12.30 pm . Dapat kunci dan check in. Bilik dekat TIC ada internet kat dalam bilik . GOOD!!


Walaupun semua muka dah penat tapi bersemangat sebab kami plan nak ke Disney Land petang ni . Lepas lunch dalam pukul 3 kami keluar dan berangkat ke Disney Land . yeszaaaa.....

Saturday, August 05, 2006

Homestay




Minggu ni aku ikut program homestay . semua participant JICA digalakkan menyertai program ni utk mengenali lebih mendalam budaya jepun . sambil tu jugak bertukar-tukar idea dengan orang jepun . Aku dapat ngan satu family dari Itoman New City . Sorang lagi kawan aku yang sama kursus pun dapat family yg sama . so lega ada kawan at least . Masa hari jumaat tu kami diberi detail mengenai keluarga yang akan kami tinggal . nama ketua keluarga tu Arima san . Baik dan peramah orangnya .



Hari sabtu pukul 4.30 pm , dia datang ngan estima ambik kami dari OIC . jauh jugak Itoman New City ni . perjalanan dengan kenderaan dalam 1 jam . dalam perjalanan tu , arima san ajak kami singgah dekat memorial park . tempat ni kira mcm tugu memperingati pejuang2 yang terkorban semasa perang dekat Okinawa . Terletak kat tepi pantai .



Lepas dah pusing2 dan menikmati pemandangan kat sini , kami teruskan lagi perjalanan , kali ni arima san ajak pulak singgah dekat sebuah kebun menanam dragon fruit . tuan punya kebun ni dari Taiwan dan perempuan . so dia bagi la serba sket penerangan . kebanyakkan buah2 di dini dibalut sebab baru beberapa minggu lepas typhoon . so untuk langkah berjaga-jaga mereka balut buah2 ni supaya tak rosak semasa typhoon .



Seterusnya baru la destinasi kami ke rumah Arima san . Bila sampai di rumah , dia pun introduce serba sket .. alhamdulillah comfortable aku ngan rumah tu . rumah dia mengadap laut . lepas solat , aku ngan member aku lepak tengok TV . aku ternampak ada sanshin dekat rumah ni . rupanya Arima san pandai bermain sanshin . aku pun mintak dia ajar sket . lebih kurang gitar jugak cuma 3 tali dan tak la complicated sangat . Arima san bagitahu yg wife dan anak2 dia terpaksa balik ke kampung sebab bapa isteri dia tak sihat . dia tunjukkan gambar keluarga dia kat kami .


Dalam pukul 7 dia ajak kami keluar pergi tengok festival dekat area2 perumahan dia . kami jalan kaki dalam 5 minit . sampai dekat festival tu kami diperkenalkan oleh Arima san dengan penduduk tempatan . glamour sekejap . terasa macam wakil rakyat pun ada sebab kene bersalam lebih dari 20 orang . festival yg kami pergi ni diadakan setahun sekali . taman yg Arima san duduk ni besar . dalam festival ni mereka bahagikan 6 group ikut blok rumah . so setiap group akan prepare persembahan , makanan dan tugas tertentu . seronok dapat berkomunikasi ngan mereka . walaupun ada masalah komunikasi , tapi mereka semua tetap friendly . kami dilayan begitu istimewa . makanan pada malam tu ialah tempura . aku cukup berhati2 takut termakan butaniku (daging babi ) so seperti biasa , bagitahu niku tabenai ... mereka pun berikan tempura seafood dan kentang . dalam festival ni , ada macam2 pertunjukan dari setiap group . malam tu festival habis dalam pukul 2 pagi . kami semua kepenatan dan balik ke rumah . Malam tu aku tidor kat atas tatami. orang jepun tradisinya tak tidor atas katil . mereka tidow kat atas lantai beralaskan tatami .



esoknya kami pergi semula ke tempat semalam untuk gotong royong mengemas balik semua pentas dan khemas2 . sebelum tu kami sarapan di rumah makan goyah dan telur , sup , rice ball , dan telur . nak kata sedap tu tak brapa laa.. tapi kene belajar budaya mereka . lepas sarapan kami ke padang tempat festival tu .bagus semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh komuniti ni . masing2 saling tolong menolong . dalam pukul 12 kami balik ke rumah sebab dah selesai kerja-kerja gotong royong .


dalam pukul 2 , Arima san prepare lunch utk kami . baik betul Arima san . Kami makan udon dengan seafood dan tempura labu . sedap sebab aku tambah serbuk lada merah . so rasa ala2 mee sup . dalam pukul 4 , arima san hantar kami pulang ke OIC . satu pengalaman yang sangat bernilai aku dapat dari program ni .