



Minggu ni aku ikut program homestay . semua participant JICA digalakkan menyertai program ni utk mengenali lebih mendalam budaya jepun . sambil tu jugak bertukar-tukar idea dengan orang jepun . Aku dapat ngan satu family dari Itoman New City . Sorang lagi kawan aku yang sama kursus pun dapat family yg sama . so lega ada kawan at least . Masa hari jumaat tu kami diberi detail mengenai keluarga yang akan kami tinggal . nama ketua keluarga tu Arima san . Baik dan peramah orangnya .




Hari sabtu pukul 4.30 pm , dia datang ngan estima ambik kami dari OIC . jauh jugak Itoman New City ni . perjalanan dengan kenderaan dalam 1 jam . dalam perjalanan tu , arima san ajak kami singgah dekat memorial park . tempat ni kira mcm tugu memperingati pejuang2 yang terkorban semasa perang dekat Okinawa . Terletak kat tepi pantai .




Lepas dah pusing2 dan menikmati pemandangan kat sini , kami teruskan lagi perjalanan , kali ni arima san ajak pulak singgah dekat sebuah kebun menanam dragon fruit . tuan punya kebun ni dari Taiwan dan perempuan . so dia bagi la serba sket penerangan . kebanyakkan buah2 di dini dibalut sebab baru beberapa minggu lepas typhoon . so untuk langkah berjaga-jaga mereka balut buah2 ni supaya tak rosak semasa typhoon .




Seterusnya baru la destinasi kami ke rumah Arima san . Bila sampai di rumah , dia pun introduce serba sket .. alhamdulillah comfortable aku ngan rumah tu . rumah dia mengadap laut . lepas solat , aku ngan member aku lepak tengok TV . aku ternampak ada sanshin dekat rumah ni . rupanya Arima san pandai bermain sanshin . aku pun mintak dia ajar sket . lebih kurang gitar jugak cuma 3 tali dan tak la complicated sangat . Arima san bagitahu yg wife dan anak2 dia terpaksa balik ke kampung sebab bapa isteri dia tak sihat . dia tunjukkan gambar keluarga dia kat kami .


Dalam pukul 7 dia ajak kami keluar pergi tengok festival dekat area2 perumahan dia . kami jalan kaki dalam 5 minit . sampai dekat festival tu kami diperkenalkan oleh Arima san dengan penduduk tempatan . glamour sekejap . terasa macam wakil rakyat pun ada sebab kene bersalam lebih dari 20 orang . festival yg kami pergi ni diadakan setahun sekali . taman yg Arima san duduk ni besar . dalam festival ni mereka bahagikan 6 group ikut blok rumah . so setiap group akan prepare persembahan , makanan dan tugas tertentu . seronok dapat berkomunikasi ngan mereka . walaupun ada masalah komunikasi , tapi mereka semua tetap friendly . kami dilayan begitu istimewa . makanan pada malam tu ialah tempura . aku cukup berhati2 takut termakan butaniku (daging babi ) so seperti biasa , bagitahu niku tabenai ... mereka pun berikan tempura seafood dan kentang . dalam festival ni , ada macam2 pertunjukan dari setiap group . malam tu festival habis dalam pukul 2 pagi . kami semua kepenatan dan balik ke rumah . Malam tu aku tidor kat atas tatami. orang jepun tradisinya tak tidor atas katil . mereka tidow kat atas lantai beralaskan tatami .




esoknya kami pergi semula ke tempat semalam untuk gotong royong mengemas balik semua pentas dan khemas2 . sebelum tu kami sarapan di rumah makan goyah dan telur , sup , rice ball , dan telur . nak kata sedap tu tak brapa laa.. tapi kene belajar budaya mereka . lepas sarapan kami ke padang tempat festival tu .bagus semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh komuniti ni . masing2 saling tolong menolong . dalam pukul 12 kami balik ke rumah sebab dah selesai kerja-kerja gotong royong .




dalam pukul 2 , Arima san prepare lunch utk kami . baik betul Arima san . Kami makan udon dengan seafood dan tempura labu . sedap sebab aku tambah serbuk lada merah . so rasa ala2 mee sup . dalam pukul 4 , arima san hantar kami pulang ke OIC . satu pengalaman yang sangat bernilai aku dapat dari program ni .
No comments:
Post a Comment