Monday, May 22, 2006

Picnic di Ikea Shima (Ikea Island)

Hari ahad adalah hari outing mostly participant kat sini . hari ni la nak gi bandar , nak gi melepak , nak gi beli barang . Minggu ni student malaysia yg blajar kat okinawa ajak pergi picnic dengan depa . nama tempat ni ikea shima . Dalam pukul 11 budak2 ni datang ke asrama ambik aku dan lili . so kami bertolak ke pulau ikei ni . perjalanan lebih kurang 1 jam . dalam perjalanan singgah kat Jaya Jusco beli makanan . beli tuna dan roti kosong . then some junk food . (kutip sorang 500 yen) . Sepanjang perjalanan , banyak pemandangan yang cantik . nak masuk ke pulau ni kene lalu satu jambatan yang agak panjang . (jambatan ala-ala jambatan putrajaya) .


Bila dah masuk pulau , nak cari port plak utk mandi . mula-mula cadang nak pergi kat satu tempat yang biasa student ni pergi , tapi dah tutup pulak . nak tak nak terpaksa pergi kat tempat yang kena bayar . satu kepala per entry 500 yen . budak2 ni yg communicate . aku tak paham apa pun org jepun tu cakap . Kami total sepuluh orang ke pantai ni . sebuah estima ngan sebuah mira (kat malaysia namanya kancil ) .


Bila sampai kami pun cari tempat teduh untuk parking barang2 .. dapat port cantik jugak n redup . so apa lagi , yang lelaki terus salin baju and terjun .. trrr.. air laut dia sejuk . tapi cantik sangat . boleh nampak dalam laut . student2 ni plak mostly ada alat snokeling . apa lagik , enjoy layan pemandangan dalam laut . ada sorang chinese ni , dia ambik PHD corel kat okinawa ni . dia bawak kamera yang boleh masuk air . bagi ikan makan roti yang kami beli . apa lagi , sakan la kami bergambar bersama ikan-ikan . macam2 spesis ikan ada kat sini . tapi kalau nak tengok yang cantik kena ke tengah sket kat kawasan ada batu2 sket and dalam . 3 org perempuan termasuk sorang chinese tak turun lagi sebab panas terik . kami dah tak tahan tengok laut yang cantik so terjun terus . dekat tengah2 pantai ni depa built satu pelantar terapung khas utk tengok ikan2 berenang kat dalam air . kami lepak dekat atas tu dan conquer sampai 2 jam . rasa mcm mandi kat malaysia la plak sebab boleh jerit2 dan sorak2 dalam bahasa malaysia . mcm-mcm kuak dan somersoult dibuat . dari lompat katak sampai la ke lipat tongkat kami beraksi kat pelantar ni . mandi dalam 2 jam naik dan lunch roti .


dalam pukul 3 turun balik ngan budak2 perempuan . mula-mula masing-masing takut . tapi pakai life jacket , tapi bila dah ajar snokeling terus lupa daratan . dalam pukul 5 masing2 dah kecut dan naik . kami layan bola sepak pantai plak . kecoh kat pantai tu suara kami . kat sini ada rules , lepas pukul 6 tak boleh mandi sebab life guard nak balik rumah . so dalam pukul 6 kami pun siap2 nak balik . insyaalah kalau ada masa aku nak datang lagik .

on the way balik singgah kat satu chinese restoran . rindu gila masakan malaysia . dapat chinese food pun ok laa.. aku order nasi pattaya . student2 malaysia ni yg tahu nak makan mana . depa dah bertahun duduk kat sini . dalam pukul 10 mata dah mcm tak larat nak bukak . budak2 ni esok universiti depa cuti . aku ngan lili ada kelas . sorry laa.. kena balik yek . kami sampai ke OIC pukul 11 .30 . ZZZzzzzzZZZZzzzZZZzzz

2 comments:

Anonymous said...

mana nemonye???

Anonymous said...

wei..topless tak de ke???
hehehe...