Sunday, July 30, 2006

Aka Island






Ahad kali ni budak2 course ajak pergi pulau dengan instructor . Kami pilih Aka Island . Aka island ni terletak dekat pulau lain . Jauh sket dari Okinawa . nak ke sana kene ambik teksi dari OIC ke Tomorin Port lebih kurang dalam 30 minit 1500 yen . Lepas tu beli tiket feri ke pulau ni lebih kurang 3500 yen utk tambang pergi dan balik .



Kami bertolak dari OIC pukul 8 dan sampai dekat port pukul 8.45 . Tiker instructor tolong belikan awal2 sebab kene booking . Sekarang ni tgh summer holiday so dekat Okinawa ni memang ramai org yg bercuti dan melawat ke pulau2 . Tiket feri kami jam 10 pagi


Masa dekat atas feri , kami lepak dekat level atas sekali tak dak bumbung . tapi enjoy pemandangan . kami sampai ke pulau Aka dalam pukul 11.30 am . Lepas tu ambil shuttle bas utk ke tempat mandi 200 yen . sampai2 je dekat tempat tu kagum tgk kecantikan pantai ni . aku pinjam snokeling gear dari budak2 malaysia .

Aku ngan member2 terus salin baju dan terjun laut . jangan terkejut , kamera Sony DSC-P32 bleh bawak masuk dalam air dan ambil gambar corel dan ikan2 . semalam beli waterproof bag untuk kamera ni dekat kitamura . kagum aku dengan pemandangan dalam laut dengan ikan , corel dan tak kurang jugak ada gamat !!



Dalam pukul 2 , aku naik balik ke darat sebab dah lapar . aduss.. problem kat sini tak dak kedai sebab protected area . tandas pun susah nak dapat . ada la sebuah kedai . org kedai ni plak tak paham langsung english . camne aku nak communicate ni . last2 aku nampak ada sorang pompuan ni order udong . aku pun habaq nak yang tu tapi tak nak daging "niku tabenai " . dia pun prepare la udon tu tanpa daging . sebab kelaparan , so rasa udon tu sedap sangat . hehehe ..



dalam pukul 2.30 aku terjun balik laut dan sambung snokeling . kali ni pergi lebih jauh sebab nak tengok pemandangan yang lebih cantik . dalam pukul 4.30 kami bertolak balik dengan feri . malam tu aku flet kepenatan . pulau Aka ni memang cantik .

Sunday, July 23, 2006

Tedoko Festival





Dekat Okinawa ni banyak festival rasanya . tapi yang satu ni yg aku sempat gi tengok . Pesta ni diadakan berhampiran dengan Urasoey City Office . Meraka adakan pertandingan tarian . Tujuan festival ni ialah meraikan tetamu yang nak pulang . Dalam festival ni jugak , OIC hantar satu team untuk join pertandingan tarian ni . Mereka berlatih dekat 2 bulan utk pesta ni . aku tak join sebab busy . latihan diadakan pada hari kelas . clash dengan kelas bahasa jepun .



Dekat festival ni mereka jugak bukak gerai2 makanan dan mcm2 lagik . Yg paling banyak kedai tikam (judi) . Dari hadiah yg kecik sampai la ke hadiah yang mahal2 ada . tapi rasanya jangan harap la nak boleh menang hadiah mahal tu . manjang aku tengok depa menang toy mcm anak patung dengan pistol jek . sekali tikam harganya 300 yen ( rm 9 ) . mahal tu .. kalau kalah dapat hadiah saguhati .



Pertandingan mula pukul 5 dan habis pukul 11 lebih kurang . aku stay sampai pukul 7 jek sebab dah penat berjalan . lepas budak2 OIC perform , aku balik OIC . Berjalan jek sebab dekat . dalam 20 minit .

Sunday, July 16, 2006

Bowling dan Izakaya



Hari ni budak2 course mate ajak keluar ramai2 main bowling . so kami set time pukul 7 untuk bertolak ke bowling centre . total dalam 15 orang termasuk instructor dan course coordinator . kami ke sana ngan kereta instructor dan coordinator . sebelum main bowling aku layan games kat arcade sementara tunggu instructor settlekan tempahan dll . kami main 2 game . sewa 4 lane . cantik bowling centre ni . ada lebih kurang 4 tingkat kot . masa kami main tu penuh jugak siap ada budak2 sekolah rendah . bergembira sakan mereka .



score ? hehe.. aku dapat 97 je first game dan second dapat 120 . paling tinggi 130 ada sorang instructor dapat . dalam pukul 10 perut dah lapar . so sebab mungkin akan melepak lama dekat tempat makan tu , kami decide utk cari tempat makan yang dekat2 dengan OIC supaya senang nak balik . Dekat sini tak jumpa la 'maple' atau kedai makan . tempat yg ala2 maple ni dipnaggil Izakaya . Izakaya ni ala2 restobar ( restoran + bar ) .




Satu tradisi dekat izakaya ni ialah makan kongsi dan bayar pun kongsi2 .. cuma part minuman keras separate since kami ramai yg tak minum . bila nak order pun lama jugak . ye lah sampai 15 org . masing2 nak tanya menu org lain sebab tak nak menu sama . kami yg muslim ni makan seafood je la.. alhamdulillah mereka respect da tak de yg order pork . cuma yg ada daging kami tolak laa..


Malam tu ada mcm2 order termasuk sashimi , goyah (peria) + telur , tempura (udang , labu dan sotong) , spagheti , pizza dan taufu . Air pun macam2 jenis order . air tak share la . lepas order nak tunggu order siap punya la lama . rasanya dah ramai yg minum gelas kedua pun tak sampai lagi order . tapi since tradisi makan kongsi2 , order mana je sampai, round table makan sorang sikit . tapi lepas sejam tunggu order rasanya dah dekat 10 order pusing table ramai yg dah kenyang . tambah plak tak ramai yg suka sashimi memandangkan rasa ikan mentah . aku layan salmon jek . paling laku pizza dan spaghetti dia . sedap sebab pedas dan banyak udang dengan sotong . kami habis makan dalam pukul 11.45 . so yang mana tak nak sambung agenda seterusnya iaitu minum , bersiap2 berangkat . sebab dekat oic kene masuk sebelum pukul 12 kalau tak isi borang return late . kami berjalan kaki balik ke OIC dalam 10 minit .


Saturday, July 15, 2006

Okinawa World











Hari ni cuti hujung minggu . masa yang ditunggu-tunggu . Selepas 2 bulan di Okinawa minggu ni eksplorasi Okinawa aku diteruskan ke Okinawa World . Dekat sini kira mcm model Pulau Okinawa la . kebanyakkan aktiviti yg ada kat Okinawa ni ada dalam Okinawa world . ala2 theme park . perjalanan dia agak jauh. mula2 naik teksi dari OIC sampai ke Naha bus terminal . pass tu naik bas nombor 54 atau 83 terus ke Okinawa world . yang bestnya tak pernah lagi seumur hidup tgk bas rate dah naik lepas tu boleh turun balik . tak sure kenapa . mula2 dah 540 yen , dah dekat nak sampai Okinawa world dia turun tadi 480 plak .


























Bila dah sampai , kami beli tiket full theme park . 1600 yen . besar betul park ni .. dalam park ni ada Gua , Okinawa Village dan Taman ular . mula2 masuk gua . panjang gua ni . ada dekat 1 km kot . ada tempat yg gelap ada yg terang . satu lagi kat dalam gua ni ada sungai dan ada ikan . sejuk dalam gua ni .






Lepas masuk gua , pergi plak Okinawa village . dekat sini ada mcm2 mini factory mcm factory buat sanshin , buat awamori , buat kimono , aiskrim dll . dekat sini ada kilang aamori (arak) yg besar dan mereka produce arak utk local Okinawa . ada satu arak ni diperam dengan ular . lunch dekat sini . makan aiskrim dan nasi goreng seafood . sedap dan pedas . lepas tu dalam pukul 2 ada pertunjukan budaya . menarik dan terhibur .

lepas tgk show dan solat , destinasi seterusnya ialah ke taman ular . masuk taman ular ni , dapat tgk macam2 jenis ular . kami juga tgk pertunjukan ular . dalam pukul 6 , kami bertolak balik ke OIC . puas hati masuk taman ni . tapi penat yg teramat sangat .