Sunday, July 16, 2006

Bowling dan Izakaya



Hari ni budak2 course mate ajak keluar ramai2 main bowling . so kami set time pukul 7 untuk bertolak ke bowling centre . total dalam 15 orang termasuk instructor dan course coordinator . kami ke sana ngan kereta instructor dan coordinator . sebelum main bowling aku layan games kat arcade sementara tunggu instructor settlekan tempahan dll . kami main 2 game . sewa 4 lane . cantik bowling centre ni . ada lebih kurang 4 tingkat kot . masa kami main tu penuh jugak siap ada budak2 sekolah rendah . bergembira sakan mereka .



score ? hehe.. aku dapat 97 je first game dan second dapat 120 . paling tinggi 130 ada sorang instructor dapat . dalam pukul 10 perut dah lapar . so sebab mungkin akan melepak lama dekat tempat makan tu , kami decide utk cari tempat makan yang dekat2 dengan OIC supaya senang nak balik . Dekat sini tak jumpa la 'maple' atau kedai makan . tempat yg ala2 maple ni dipnaggil Izakaya . Izakaya ni ala2 restobar ( restoran + bar ) .




Satu tradisi dekat izakaya ni ialah makan kongsi dan bayar pun kongsi2 .. cuma part minuman keras separate since kami ramai yg tak minum . bila nak order pun lama jugak . ye lah sampai 15 org . masing2 nak tanya menu org lain sebab tak nak menu sama . kami yg muslim ni makan seafood je la.. alhamdulillah mereka respect da tak de yg order pork . cuma yg ada daging kami tolak laa..


Malam tu ada mcm2 order termasuk sashimi , goyah (peria) + telur , tempura (udang , labu dan sotong) , spagheti , pizza dan taufu . Air pun macam2 jenis order . air tak share la . lepas order nak tunggu order siap punya la lama . rasanya dah ramai yg minum gelas kedua pun tak sampai lagi order . tapi since tradisi makan kongsi2 , order mana je sampai, round table makan sorang sikit . tapi lepas sejam tunggu order rasanya dah dekat 10 order pusing table ramai yg dah kenyang . tambah plak tak ramai yg suka sashimi memandangkan rasa ikan mentah . aku layan salmon jek . paling laku pizza dan spaghetti dia . sedap sebab pedas dan banyak udang dengan sotong . kami habis makan dalam pukul 11.45 . so yang mana tak nak sambung agenda seterusnya iaitu minum , bersiap2 berangkat . sebab dekat oic kene masuk sebelum pukul 12 kalau tak isi borang return late . kami berjalan kaki balik ke OIC dalam 10 minit .


1 comment:

Leyla Shuri said...

Bangunan itu namanya Southern Hills dan lantai bawah ada skating rink yg budak2 ryudai suka pergi main ais skating.