

Hari ni dekat Universiti Ryukyu ada anjurkan International Student Festival organized by Indonesia student . Start pukul 4 petang sampai pukul 8 dekat Ryukyu international centre .Student2 dari pelbagai negara buat show dan ada yang bukak booth makanan . Aku ngan 4 orang participant pergi melawat . Tapi sayangnya student Malaysia tak ambik bahagian . Last year mereka bukak booth jual keropok lekor dan nasi lemak . tahun ni tak sempat . Yang paling meriah booth student Indonesia . aku try makanan indonesia . sedap . tak ingat apa nama tapi makan dengan kuah kacang . dekat gerai Thailand ada Tomyam . tapi bukan seafood . so tak bleh nak makan .




Selain booth makanan , mereka juga adakan pameran kraftangan dari negara masing-masing . tapi pameran ni dekat indoor . selain kraftangan , ada juga pameran pasal cerita sejarah dari negara masing-masing .




Banyak persembahan kebudayaan dari negara Indonesia , Thailand , Vietnam , Sri Lanka . Masa acara penutup , mereka (student) ramai2 menyanyi lagu Okinwa dan menari dengan diiringi sanshin (alat muzik okinawa) . Dapat la berkenalan dengan student2 dari Indonesia , Jepun dan Thailand


1 comment:
Tiap2 tahun ada acara ini, klela pergi tahun pertama sahaja dan sampai sekarang tak pergi lagi.
Ingat hari itu, nak juga jenguk tapi tak jadi lagi.
Post a Comment