Saturday, July 01, 2006

Perahu Panjang Race



Hari sabtu lepas ada pertandingan perahu panjang . banyak agenci dari okinawa join . total boat yg race ada 48 . pertandingan bot panjang ni dijalankan dekat manza beach . jauh gak la dari OIC . dari NTT (instructor oic) hantar 2 bot . so mereka ajak participant utk datang dan meriahkan . setelah bincang2 instructor offer utk tumpangkan kereta . so pagi2 tu mereka datang dan pick-up participant . ramai gak yang pergi . ada yg pergi sendiri sebab kalau nak ikut instructor kene pergi awal . race start pukul 9.30 . perjalanan dari oic ke manza beach dalam 1 jam . kita org ikut highway . dekat sini highway cantik dan besar tapi maximum speed hanya 90 km/h jek .


Sampai dekat beach dalam pukul 9 pagi dah sesak dengan orang ramai . NTT sewa satu khemah dan kami lepak kat situ . first boat NTT akan race pukul 10.45 . 2nd boat pukul 2.30 tgh hari . dalam race ni ada 4 bot akan bertanding dalam satu sesi . nanti akhir sekali akan ambik catatan 4 masa terpantas untuk final .


Cuaca panas gak hari tu . tapi pow jek sapa2 punya sun block . hehe . sambil tunggu 2nd boat nak race , mandi dekat pantai . ada kawasan yg memang dikhaskan untuk mandi . sebab pantai kat Okinawa ni kadang2 ada jellyfish . so kawasan yg dibenarkan mandi akan dipasang jaring . tapi sebab pantai ni utk public , so tak brapa cantik la . tak bleh lawan pulau ikea . tak bleh layan snokeling kat sini .



waktu lunch aku makan sandwich telur rebus jek . tak brani nak makan lain . lunch box dia macam sedap . tapi aku layan je sandwich . dalam pukul 3, kami pun siap nak balik . tak tunggu final race sebab confirm kalah punye . hehehe . sore kara tropical beach ikemas . (lepas tu bertolak ke pantai tropical beach plak) . sebelum balik aku bergambar ngan course leader aku (yg lelaki) ngan sensei network aku(pompuan) . nampak je sengih2 mcm tu tapi terror giler . setakat layer 3 switch ngan router senyum je dia buat troubleshooting .



Tropical beach ni dekat la ngan OIC . kat pantai ni depa buat party barbecue . aku tak join sebab tak dak menu ikan . hanya ada ayam ngan daging jek and mostly beer party . so balik dari manza beach aku terus balik ke OIC . penat giler.. suara pun mcm hilang . nasib baik tak demam . tapi kesian kat budak2 yg pergi barbecue party sebab petang tu hujan . so tak brapa enjoy laa..

4 comments:

Anonymous said...

Wei... sapo letak tangan kat bahu ko tu... amboi... mesranyer.... tak ngamuk ke si zurin klu tengok?? hehehe.... sonok ko dapat jln2 kan...

Ain said...

wei, aku tgk ko cam dah kurus je..ni yg jeles ni

Hazril said...

biasa jek . tak kurus pun . cuma makan tak brapa la kat sini .

Hazril said...

biasa jek . tak kurus pun . cuma makan tak brapa la kat sini .