Saturday, July 15, 2006

Okinawa World











Hari ni cuti hujung minggu . masa yang ditunggu-tunggu . Selepas 2 bulan di Okinawa minggu ni eksplorasi Okinawa aku diteruskan ke Okinawa World . Dekat sini kira mcm model Pulau Okinawa la . kebanyakkan aktiviti yg ada kat Okinawa ni ada dalam Okinawa world . ala2 theme park . perjalanan dia agak jauh. mula2 naik teksi dari OIC sampai ke Naha bus terminal . pass tu naik bas nombor 54 atau 83 terus ke Okinawa world . yang bestnya tak pernah lagi seumur hidup tgk bas rate dah naik lepas tu boleh turun balik . tak sure kenapa . mula2 dah 540 yen , dah dekat nak sampai Okinawa world dia turun tadi 480 plak .


























Bila dah sampai , kami beli tiket full theme park . 1600 yen . besar betul park ni .. dalam park ni ada Gua , Okinawa Village dan Taman ular . mula2 masuk gua . panjang gua ni . ada dekat 1 km kot . ada tempat yg gelap ada yg terang . satu lagi kat dalam gua ni ada sungai dan ada ikan . sejuk dalam gua ni .






Lepas masuk gua , pergi plak Okinawa village . dekat sini ada mcm2 mini factory mcm factory buat sanshin , buat awamori , buat kimono , aiskrim dll . dekat sini ada kilang aamori (arak) yg besar dan mereka produce arak utk local Okinawa . ada satu arak ni diperam dengan ular . lunch dekat sini . makan aiskrim dan nasi goreng seafood . sedap dan pedas . lepas tu dalam pukul 2 ada pertunjukan budaya . menarik dan terhibur .

lepas tgk show dan solat , destinasi seterusnya ialah ke taman ular . masuk taman ular ni , dapat tgk macam2 jenis ular . kami juga tgk pertunjukan ular . dalam pukul 6 , kami bertolak balik ke OIC . puas hati masuk taman ni . tapi penat yg teramat sangat .

1 comment:

Leyla Shuri said...

Klela dah pergi taman ini berkali2 tapi tak pernah masuk taman ular...geli!
Dalam gua itu tempat org kampung sembunyi masa perang dunia 2 dulu. Banyak yg mati kelaparan dlm gua itu.